Tuesday, November 14, 2006

Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga Islah


MAJLIS MAKAN MALAM
SEMPENA PELANCARAN PUSAT SOKONGAN WANITA DAN KELUARGA ISLAH (PAKSI-JIM)
ANJURAN WANITA JIM PUSAT

24 NOV 2007 / Jumaat
8.00 - 11.00 Malam
Teratai Ballroom
Hotel Maluri Cheras

Tempahan Tiket/Perhubungan boleh dibuat melalui urusetia berikut :-
Ibu Pejabat JIM (Cik Nazirah) : Tel: 41073379 Fax: 41071754
Puan Faridah Maludin : 019-2882171
Puan Azian Ariffin : 013-3421282
Cik Hayati Ab Rahman : 012-3819366

HARGA TIKET :
RM1000 - Satu Meja 10 Kerusi atau RM100 Satu Kerusi
RM750 - Satu Meja 10 Kerusi atau RM75 Satu Kerusi

Sumbangan dan Pembayaran boleh dibuat kepada :-
Nama Akaun : Wanita JIM PUSAT
Nombor akaun : 1203 8010 0347 88 (Bank Islam Malaysia Berhad)
Nombor akaun : 5621 0610 6609 (Maybank)

TEMPAT AMAT TERHAD, sila daftar SEGERA!!!


Apa itu pusat sokongan dan khidmat wanita dan keluarga JIM? Ia adalah satu bentuk khidmat masyarakat atau “Community Service” oleh Wanita JIM.

Ia adalah satu terjemahan berbentuk praktikal terhadap keprihatinan Wanita JIM kepada ahli masyarakat khususnya di dalam hal-hal yang berkaitan dengan remaja, wanita dan keluarga. Pelbagai bantuan seperti khidmat runding cara remaja, khidmat bantuan guaman, khidmat nasihat kesihatan, khidmat nasihat hal-hal wanita akan diberikan kepada setiap ahli masyarakat yang memerlukan.

Objektif

1.Menterjemahkan moto JIM, bersama Islam membina masyarakat ke dalam bentuk amali secara sistematik dan berterusan.

2.Berkongsi ilmu dan kepakaran oleh tokoh-tokoh JIM, khususnya wanita dengan ahli masyarakat di dalam hal-hal berkaitan dengan remaja, wanita dan keluarga.

3.Menunaikan tanggungjawab menyantuni insan melalui khidmat nasihat serta runding cara yang berlandaskan islam. Menyediakan Pusat Khidmat Wanita JIM pada Oktober 2006.

4.Merupakan salah satu aktiviti wanita JIM untuk melebarluaskan jaringan dan penempatan strategik wanita JIM di dalam masyarakat.

Thursday, October 19, 2006

EID Mubarak !

Eidul Fitri hampir tiba. Ada kurang dari satu minggu untuk berpuasa . Suasana di banyak tempat meriah dan riang gembira menanti Syawl datang . Namun ada keluarga yang dilanda seribu satu dugaan menjelang Syawal ini.
Ada yang kehilangan ahli keluarga tersayang, ada yang terpisah dari keluarga sebab merantau bekerja atau belajar , dan ada lagi yang merengkok dalam tahanan atas sebab yang mungkin ya mungkin tidak.

Ada yang telah di duga dengan sakit sama ada diri sendiri atau ahli keluarga.
Ada yang di duga dengan serba kekurangan
Ada yang di duga dengan kemewahan.

Maka menjelang syawal kita akan takbir. Dalam ungkapan takbir kita akan deklarasi kemenangan. Kemenangan bagi orang yang puasa dan berjaya menundukkan nafsu , berjaya menambahkan amal dan zikr munajat, berjaya menghidupkan malam dengan merapatkan diri kepada Illahi , memperbaharui azam untuk terus menjalani kehidupan yang penuh erti.
Di sebaliknya bagi yang di duga dengan seribu satu dugaan dan dalam kegelapan dan kesempitan , adakah mampu kita lafazkan ungkapan kemenangan?

Sebenarnya kemenangan itu adalah kemenangan kita untuk masih cekal dan utuh di muka dugaan. Sama ada di duga dengan kemewahan atau dengan kehilangan atau dengan kekurangan.

Ayuh, kita menang sama-sama...

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar waillahil Hamd!